
Alhamdulillah.. setelah sekian lama bercita-cita memiliki blog sendiri akhirnya saya telah berjaya menghasilkannya pada hari ini.Blog ini fokus pada perniagaan saya dan perkembangannya yang bertemakan Keberkatan Dalam Perniagaan.Tema ini dinukilkan sedemikian rupa unutk mengingatkan saya supaya dalam perniagaan ini bukan hanya keuntungan sahaja yang dicari tetapi mestilah sentiasa berpandukan mencari keberkatan dalam setiap tingkah laku dan beringat supaya jangan lupa pada yang memerlukan kerana tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.Semoga Allah memberkati segala usaha saya ini.